VISI Koperasi JESS
Koperasi JESS sebagai koperasi unggul menjana perkhidmatan dan pulangan terbaik berlandaskan prinsip asas koperasi. 

MISI Koperasi JESS
Mencapai koperasi 4 bintang pada tahun 2016 dan 5 bintang pada tahun 2020 melalui pengurusan berkesan dan berintegriti.


MATLAMAT
Menyediakan kemudahan pembiayaan kredit berlandaskan syariah. 
Memberi pelbagai perkhidmatan yang cekap, mesra dan telus kpd anggota. 
Memberi pendidikan kpd anggota agar dapat menggunakan pembiayaan dan sumber untuk meningkatkan status ekonomi dan menyumbang kpd kesejahteraan keluarga dan negara.

----------------------------------
CEPAT! MOHON PINJAMAN SEGERA DENGAN FAEDAH YANG SERENDAH 4.50%
tertakluk pada peraturan dan syarat yang berkuatkuasa.



NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-25

Kepada
Semua Anggota Perwakilan
Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor Berhad

Tuan / Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-25 Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor  Berhad akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 Disember 2022 ( Sabtu )
Tempat : Bilik Mesyuarat Koperasi JESS
Tingkat 1, No. 90 & 92 Jalan Besar,
Taman Munsyi Ibrahim, 81200 Johor Bahru.
Pendaftaran : 8.30 pagi – 9.00 pagi
Atur cara Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-25 seperti Lampiran A

2. Tuan/puan yang berhasrat hendak mengemukakan usul dalam Mesyuarat Agung Perwakilan kali ini hendaklah menyampaikan usul  tersebut secara bertulis kepada Setiausaha Koperasi tidak lewat daripada tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan iaitu pada atau sebelum hari SABTU, 10 Disember 2022 Semua usul yang hendak dikemukakan mestilah mempunyai penyokong yang terdiri daripada perwakilan yang akan turut hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan pada 17 Disember 2022.

3. Segala pertanyaan tentang kewangan atau perkara-perkara lain berkaitan dengan pengurusan koperasi mestilah secara bertulis dan hendaklah sampai ke tangan SETIAUSAHA koperasi pada atau sebelum hari SABTU, 10 Disember 2022. Sebarang cadangan pada hari mesyuarat, TIDAK AKAN DILAYAN.

4. Bersama–sama ini dilampirkan agenda mesyuarat untuk perhatian tuan/puan. Buku laporan dan dokumen mesyuarat yang lain akan diedarkan secara berasingan. Anggota-anggota Perwakilan dipersilakan hadir.
Dengan Perintah Lembaga Koperasi,

HJ YAHAYA BIN SUIP
Setiausaha
Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor Berhad
s.k Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Johor

------------------------------------“LAMPIRAN A”------------------------------------------------------------------

ATUR CARA

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE- 25/2022

KOPERASI KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JOHOR BERHAD
( KOPERASI JESS )

TARIKH : 17 DISEMBER 2022 ( SABTU )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KOPERASI JESS
                 TAMAN MUNSYI IBRAHIM,
                 JOHOR BAHRU.

8.30 pagi – 9.30 pagi - Pendaftaran Perwakilan
                                   - Perwakilan Ambil Tempat
                                   - Ketibaan Jemputan
                                   - Bacaan Doa
                                   - Nyanyian Lagu “Negaraku”
                                   - Ucapan Aluan Pengerusi Koperasi JESS
                                     Tn. Hj. Sazali Bin Abd Hamid
                                   - Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-25 dimulakan

1.00 petang - Bersurai

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sekitar Mesyuarat Agung Kawasan







(Kemaskini 28 April 2022)


--------------------------------------------------------------------------------
Biaya D'Lanjut
Peluang Pembiayaan Semula.                
Peluang kepada ahli yang mahu membuat pinjaman dan masa lanjutan yang dipanjangkan dengan jumlah bayaran tetap sama. Hubunggi pihak Jess untuk keterangan lanjut

---------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Salam Tahun Baru Sahabat..

Al-Hamdulillaah wabaarakallaah..

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik &  dipermudahkan segala urusan - Aamiin..
---------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-24 Tahun 2021 selesai dilangsungkan pada hari Ahad 26 Disember 2021 di Dewan Wisma JESS.
Seramai 35 orang perwakilan termasuk 5 orang perwakilan yang hadir atas talian melalui ZOOM dalam persidangan tersebut.
Semua usul yang dicadangkan telah diluluskan dengan sebulat suara.
3 orang anggota lembaga koperasi yang tamat tempoh telah dipilih semula dan seorang ALK yang baru telah dilantik bagi mengganti Tuan Hj. Shidan yang meninggal dunia pada tahun lepas.


--------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-24 TAHUN 2021

TARIKH: 26 DISEMBER  2021 (AHAD)
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: WISMA JESS, JOHOR BAHRU
Dijemput semua perwakilan seperti yang tercatat dalam senarai nama PERWAKILAN MAP hadir ke Mesyuarat tersebut.
Surat notis MAP boleh dimuat turun di sini.

________________________________________________

Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke-12 / 2019 Koperasi JESS akan diadakan mengikut ketetapan seperti dalam jadual di bawah:

Daerah            Tarikh / Masa                       Tempat

Segamat          16 Mac 2019 / 9.00 pagi       Dewan PPD Segamat
Muar               16 Mac 2019 / 2.30 petang   Dewan PPD Muar
Kota Tinggi     30 Mac 2019 / 9.00 pagi      Dewan PPD Kota Tinggi
Kulai               30 Mac 2019 / 2.30 petang   Dewan PPD Kulai
Batu Pahat      06 April 2019 / 9.00 pagi      Sek Tinggi Batu Pahat
Kluang            06 April 2019 / 2.30 petang  Dewan PPD Kluang
Pasir Gudang  13 April 2019 / 9.00 pagi      Dewan PPD Pasir Gudang
Pontian           13 April 2019 / 2.30 petang  Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian
Johor Bahru    19 April 2019 / 9.00 pagi (Jumaat)     Dewan Koperasi JESS

---------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-22 TAHUN 2018

TARIKH: 29 SEPTEMBER 2018 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: WISMA JESS, JOHOR BAHRU
Dijemput semua perwakilan seperti yang tercatat dalam senarai nama perwakilan hadir ke Mesyuarat tersebut.

------------------------------------------------------------------------------
BERITA GEMPAQ
MYANGKASA WASIAT menawarkan harga murah untuk anggota cuma RM200. Harga sebenar RM400. Ini bermakna JESS memberikan subsidi RM200.
REBUT peluang sekali seumur hidup. Untuk keterangan lanjut hubungi pejabat Koperasi JESS (Cik Fatin)

--------------------------------------------------------------------------------
Kepada semua anggota Koperasi JESS yang sedang dan akan mengerjakan Ibadah Haji, Koperasi JESS mengucapkan Selamat Berangkat ke tanah suci dan semoga dapat Haji yang mabrur.
--------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------
Di sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Koperasi JESS 2018
7 Julai 2018 di Wisma JESS






---------------------------------------------------------------------------

PERLUASAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN DAN KEBAJIKAN ANGGOTA JESS

Perkara di atas telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke - 21 dan akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.
Butiran lanjut boleh didapati DISINI.
---------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-21 telah dilaksanakan pada Sabtu 07 Oktober 2017
Seramai 35 orang perwakilan hadir dalam MAP tersebut yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Mohamad Ali bin Hassan, Naib Presiden ANGKASA.
Semua cadangan dan pindaan Undang-Undang Kecil telah diluluskan sebulat suara.
Tahniah kepada 9 orang anggota lembaga yang telah dipilih semula.



Gambar foto disekitar MAP








----------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------

TAHNIAH kepada Koperasi JESS yang dianugerah antara Koperasi Terbaik Negeri Johor 2016 dengan kedudukan 21 daripada 50 buah koperasi.


-------------------------------------------------------------------------------

Syarat Baru Kelayakan UPSR 2016 bagi Permohonan Dana Pendidikan

Kelayakan minima untuk calon SK - 2A dan lulus semua mata pelajaran
Kelayakan minima untuk calon SJK - 3A dan lulus semua mata pelajaran.
(Syarat ini khas untuk UPSR 2016 sahaja dan tarikh tutup permohonan hingga 30 Jun 2017)
---------------------------------------------------------------------------------

KALENDAR KOPERASI JESS 2017 DAN BULETIN JESS
Kalendar 2017 dan Buletin JESS akan diedarkan dalam bulan Disember 2016. Semua anggota boleh mendapatkannya melalui wakil daerah masing-masing.
Softcopy Buletin 2016 boleh dilihat dan dimuat turun di sini.

---------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE-20 telah berjaya diadakan pada 13 Ogos 2016 (Sabtu) jam 8.30 pagi  di Bilik Mesyuarat Koperasi JESS, WISMA JESS, Taman Munsyi Ibrahim. MAP telah dirasmikan oleh Encik Azman bin Adnan, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor selaku wakil rasmi Pengarah JPNJ.
Semua cadangan dan pindaan Undang-Undang Kecil telah diluluskan sebulat suara.

Tahniah kepada Tuan Haji Yahaya bin Suip yang telah dipilih sebagai Setiausaha yang baru.


---------------------------------------------------------------------------------

Buletin JESS keluaran 2016 telah siap dicetak dan akan edarkan melalui wakil daerah dalam masa terdekat. Pastikan anggota koperasi dapatkan senaskah buletin tersebut untuk mengikuti perkembangan terkini.
---------------------------------------------------------------------------------

PENEBUSAN MODAL SYER
Kepada anggota yang telah menyerahkan sijil modal syer untuk penebusan dan masih belum menerima bayaran, sila hubungi pejabat koperasi untuk mengemaskini akaun supaya pembayaran dapat dibuat dengan segera.
Kepada anggota yang telah berhenti menjadi ahli dan belum menyerahkan sijil modal syer, sila kemukakannya untuk penebusan RM100.00

-------------------------------------------------------------------------------


MUSTAHAK DAN PERHATIAN SEGERA!!!
Semua urusan pembiayaan dan aturan koperasi telah beralih ke sistem syariah selepas semua pindaan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan yang lepas. Maka semua borang pembiayaan dan borang-borang lain yang berkaitan juga telah beralih ke format baru. Semua dokumen berkenaan boleh dimuat turun di laman Muat Turun. Borang lama sudah tidak digunakan lagi.


----------------------------------------------------------------------------------

DANA KHAIRAT KEMATIAN ANGGOTA JESS

 

KONSEP PELAKSANAAN

  1. Sumbangan akan diberikan kepada mana-mana waris anggota JESS yang sah,  yang meninggal dunia.
  2. Sumbangan akan diberikan kepada anggota JESS jika keluarga terdekat meninggal dunia iaitu suami, isteri atau anak.
  3. Sumbangan akan diberikan seboleh-bolehnya pada hari berlakunya kematian anggota JESS atau anggota keluarga terdekatnya.
  4. Sumbangan akan diberikan kepada suami isteri yang menjadi anggota  JESS.

 

PERLAKSANAAN

  1. Berkuatkuasa mulai 1hb.September 2012.

 

KADAR SUMBANGAN

BIL

KEMATIAN

JUMLAH SUMBANGAN RM

1

Anggota

1,000.00

2

Isteri/Suami Anggota

500.00

3

Anak Anggota

250.00


SUMBER KEWANGAN

Tambahan caruman ahli Koperasi JESS dalam Dana Pendidikan mulai 1hb.September 2012.

 

CARUMAN

AMAUN

Dana Pendidikan

RM 3.00

Tabung Khairat Kematian

RM 2.00

JUMLAH

RM 5.00

 

------------------------------------------------------------------------------


WISMA JESS
BANGUNAN PEJABAT KOPERASI JESS
-----------------------------------------------

PENGUMUMAN

--------------------------------------------------------
Koperasi JESS mempunyai dewan persidangan (muatan 80 org) dan bilik bengkel untuk disewa bagi tujuan kursus dan mesyuarat atau bengkel.


Kadar sewaan dewan seperti berikut:
RM150 untuk sewaan setengah hari hingga 1.00ptg
RM250 untuk satu hari penuh hingga 5.00ptg
RM300 untuk sewaan hingga 11.00mlm

-------------------------------------------------------
PERMOHONAN DANA PENDIDIKAN KINI DIBUKA UNTUK ANGGOTA KOPERASI YANG MEMBUAT PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH PERTAMA. MOHON SEGERA!
Borang permohonan Dana kemasukan ke Institusi/Pengajian Tinggi / STPM/SPM/PMR/UPSR boleh dimuat turun di sini.
Muat turun borang di sini.

TAHNIAH
diucapkan kepada semua anggota yang anak mereka berjaya diterima masuk ke institusi pengajian tinggi. Koperasi JESS telah pun meluluskan permohonan dana pendidikan yang berjaya dan memenuhi kelayakan dan sedang membuat pembayaran kepada anggota berkenaan.
Peringatan kepada anggota yang ada anak diterima masuk institusi tinggi dan masih belum memohon dana pendidikan, sila kemukakan permohonan anda dengan cepat dalam masa 6 bulan selepas anak melaporkan diri di institusi pengajian tinggi.
--------------------------------------------------------


SLIP GAJI (PENTING)
Mulai bulan November 2010, Sekolah/Jabatan tidak lagi mencetak slip gaji semua pegawai perkhidmatan pendidikan.
Semua slip gaji perlu dicetak sendiri dari sistem online dan perlu disahkan oleh majikan sebelum dihantar ke pejabat Koperasi JESS untuk urusan permohonan pinjaman.
----------------------------------------------------
Makluman kepada anggota yang pernah membuat bayaran kepada Koperasi melalui transaksi cash deposit.
Jika anda pernah membuat demikian, sila kemukakan salinan resit/printout slip kepada Pejabat Koperasi JESS dengan segera untuk kami membuat penyemakan.
------------------------------------------------
PENGEMASKINIAN BORANG PENAMAAN WASI

Semua anggota koperasi diminta mengemaskini borang penamaan wasi dengan kadar segera untuk mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul dalam proses tuntutan kemudian. Borang wasi tersebut boleh dimuat turun di sini mengikut kategori:
Umat Islam     Bukan Umat Islam (Klik untuk muat turun)
Borang yang sudah lengkap diisi boleh dipos ke pejabat Koperasi JESS atau diserahkan pada hari Mesyuarat Agung Kawasan mengikut daerah.
--------------------------------------------------------
Keanggotaan Koperasi JESS kini dibuka kepada semua kakitangan kerajaan dan bukan terhad kepada agensi pendidikan sahaja. Dengan kelulusan undang-undang Koperasi JESS oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu, adalah diharapkan semua anggota Koperasi JESS akan bersama-sama mencari dan menambah keanggotaan dengan mempelawa kakitangan kerajaan agensi lain untuk menjadi anggota Koperasi JESS.

--------------------------------------------------------


Alamat Rasmi Pejabat Koperasi:
Koperasi JESS
Wisma JESS, Tingkat 1,
No. 90 & 92, Jalan Besar,
Taman Munsyi Ibrahim,
81200 Johor Bahru.

Untuk menghubungi Pejabat Koperasi, sila dail nombor telefon 07-2385110  / 07-296184 /
011-1319 1076

No. Faks : 07-2369342

Email Koperasi JESS: suratjess@gmail.com
------------------------------------

Waktu Pejabat  adalah seperti berikut:

Isnin-Khamis :  9.00 pg  - 6.00 ptg
Rehat            : 1.00 tgh - 2.00 ptg

Jumaat        :   9.00 pg -6.00 ptg
Rehat          :  12.15 tgh-2.30ptg

Sabtu           : 9.00 pg - 1.00 ptg

Ahad               : Cuti
Sabtu Ke-1 & Ke-3 : Cuti

------------------------------------


Maktab Kerjasama Malaysia
ANGKASA
Kementerian Pelajaran M'sia
JPN JOHOR
PPD JOHOR BAHRU
PPD PONTIAN
PPD KULAI
PPD SEGAMAT
PPD PASIR GUDANG
PPD KOTA TINGGI
PPD BATU PAHAT
PPD KLUANG
PPD MUAR
PPD MERSING

-------------------------------------

Dikemaskini : 
31 Julai 2022
Hakcipta Terpelihara: Koperasi JESS Johor Bahru
Webmaster: Bahman Koperasi JESS


Kaunter Kunjungan

Efficient stats
site meter statistics