Pada tanggal 17 Oktober 1950 pendaftaran The Johore English School Staff Co-operative Thrirt and Loan Society,Limited telah diluluskan. Menyedari kepentingan Koperasi dalam pembangunan maka guru-guru dan kakitangan sekolah Inggeris di Bukit Zaharah,Johor Bahru menerajui hasrat tersebut.

            Walau bagaimanapun anggota dalam Koperasi hanya bermula pada 24 Jun 1951 apabila anggota pertamanya, En. Thekathil Varughese Abraham yang merupakan seorang guru di Bukit Zaharah School didaftarkan. Pengerusi pertama koperasi ini ialah En. M. Kanthaswaney (1951-1953).

            Pada mulanya keanggotaan koperasi hanya terbuka kepada guru-guru sekolah-sekolah Inggeris yang berkhidmat di Negeri Johor sahaja dan kemudiannya telah memberi ruang untuk kakitangan dan guru-guru yang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan Johor. Oleh kerana bilangan sekolah yang terhad pada masa itu. Bilangan ahli hanya 33 orang pada akhir Disember 1951.

            Koperasi JESS terus berkembang apabila mendapat sambutan dari guru-guru dan kakitangan sekolah Inggeris di Johor Bahru, Muar, Mersing, Batu Pahat, dan akhirnya di seluruh negeri Johor. Ahli koperasi JESS ke 100 didaftarkan pada 05 April 1953.

            Nama koperasi ini telah ditukarkan daripada Johor English School Staff Co-operative Thirft Loan Socirty (COOP JESS) kepada Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor Berhad pada 19 Julai 1980 dengan mengekalkan perkataan nama asal KOPERASI JESS sebagai singkatannya.

            Pejabat Koperasi ini yang pada mulanya terletak di sebuah bangunan di Jalan Dhobi, Johor Bahru, pada 1972 pejabat ini telah dipindahkan ke Bangunan Majlis Daerah Johor Bahru . Koperasi JESS yang sentiasa berdaya maju telah membeli 2 buah kedai di No. 170/172, Jalan Lembah, Taman Tasek Johor Bahru yang menjadi pejabat koperasi ini mulai 1979.

            Keanggotaan koperasi pada hari ini terbuka kepada semua kakitangan Perkhidmatan Pendidikan di Negeri Johor. Bilangan sudah mencecah 10,000 orang pada tahun 2000 dimana lebih 2500 orang merupakan anggota yang masih aktif.

            Bermula dengan aktiviti pinjam-meminjam Koperasi JESS terus mengorak lankah dengan mempelbagikan aktiviti dengan membina sebuah taman perumahan di Taman Munshi Ibrahim, Johor Bahru yang merupakan sebuah projek mega koperasi ini. Walau pun projek perumahan ini melalui dua kali kegawatan ekonomi, ianya dapat disempurnakan dengan tidak membawa kerugian kepada koperasi.

            Hari ini Koperasi JESS memiliki beberapa buah bangunan, lot-lot kedai dan tanah, saham-saham siarharga, saham-saham taksiarharga, Saham-saham Amanah, sebagai satu pelaburan jangka panjang. Koperasi JESS juga memiliki sebuah kedai francais COOP SHOPPE di bawah Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Bhd yang menjual barangan elektrik yang menjadi tumpuan anggota koperasi ini khasnya untuk mendapatkan pelbagai barangan elektrik dan keperluan lain.       

ASET KOPERASI

Koperasi JESS mempunyai asset dalam bentuk tanah dan bangunan iaitu:-

 

  1. Tanah di Taman Munsyi Ibrahim, Skudai (dalam Proses untuk dibangunkan)
  2. Bangunan Kadai 2 Tingkat – 2 unit di Taman Tasek. Johor Bahru.
  3. Bangunan Kedai 2 Tingkat – 2 unit di taman Munshi Ibrahim, Skudai.
  4. Tanah di Pulau Langkawi.
  5. Plaza Melaka Raya – 3 unit Lot Kedai.
  6. Bangunan Kilang 1 1/2 Tingkat – 1 unit di Kempas Industrian Park.
  7. Plaza Lien Hoe, Batu pahat – 3 unit Lot Kedai
  8. Pusat Perdagangan Pontian -  unit Lot Kedai

 

 PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

 

- KEANGGOTAAN SUKARELA TERBUKA
- KAWALAN DEMOKRASI OLEH ANGGOTA
- PENGLIBATAN EKONOMI OLEH ANGGOTA
- AUTONOMI DAN KEBEBASAN
- PENDIDIKAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT
- BEKERJASAMA ANTARA KOPERASI-KOPERASI
- BERPRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT