KEDAI COOP SHOPPE

Koperasi telah membuka kedai barangan pengguna pada 25.10.1999 dengan nama francais COOP SHOPPE yang pemegang utama rangkaian francais adalah Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad. Kedai ini beroperasi di Bangunan Koperasi JESS yang terletak di Taman Tasek Johor Bahru.

Tujuan membuka Kedai Coop Shoppe adalah untuk mamastikan anggota-anggota menggunakan Pinjaman Barangan Pengguna untuk memiliki barangan melalui cara yang mudah serta meningkatkan taraf sosio-okonomi mereka.

Pinjaman Barangan Pengguna merupakan suatu kemudahan kepada anggota untuk membeli barangan daripada Coop Shoppe JESS dengan harga yang berpatutan. Pinjaman tersebut juga merupakan sebagai suatu Pelaburan Melalui Kredit oleh anggota-anggota kerana segala keuntungan yang diperolehi oleh Coop Shoppe akan dikembalikan kapad anggota sebagai dividen kelak.

Semua jenis barangan elektrik berjenama terkenal dijual dikedai ini. Selain daripada itu, kedai ini jugak menjual barang-barang keperluan lain seperti basikal, tayar, dan Sportsrim.

Dengan sokongan padu daripada anggota-anggota Koperasi JESS dan juga anggota-anggota Koperasi lain, kami yakin perniagaan dikedai Coop Shoppe akan meningkat dan berdaya maju.

PELABURAN KOPERASI
 
Koperasi JESS telah melabur dalam Saham Siarharga dan Saham Taksiarharga .

Saham Siarharga adalah seperti:-
        

1. Petronas Gas Bhd.
2. Tenaga Nasional Berhad.
3. Pintaras Jaya Berhad.

Amanah Saham

1. Amanah Saham Bhd.
2. Malaysia Berjaya Fund
3. Dana Johor.
4. Amanah Saham Angkasa.
5. MBF Equity Fund.

Saham Taksiarharga

1. Syarikat Insurans Koperasi Malaysia Bhd.
2. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd.
3. Percetakan Koperasi Malaysia Bhd.
4. Bank Pusat Kejersama Bhd.
5. Koperasi Pasaraya Johor Bhd.
6. Koperasi Pembangunan Nagara Bhd.
7. Konsortium Koperasi Nasional Bhd.
 8. Konsortium Koperasi Pengguna (M) Bhd.